Al-Marwah Package

    Durasi: 12 HARI 10 MALAM
    Harga Dari: RM5,988
    Saraya Ajyad 3@ setaraf (~250m)
    Jawharat Fayrooz 3.5@ setaraf (~170m)

    Tempahan & Bayaran:

    1. Deposit sebanyak RM 500 seorang.
    2. Dokumen dan baki bayaran selewat-lewatnya 30 hari sebelum berlepas
    3. Bayaran dibuat secara Tunai atau Cek kepada:

    4. RAKYAT TRAVEL SDN BHD
      110391000208

Pakej Termasuk:

  • Penerbangan ekonomi.
  • Hotel Madinah 4 malam.
  • Hotel Mekah 6 malam.
  • Pengangkutan bas.
  • Makan dan minum 3x sehari.
  • Bimbingan Mutawwif.
  • Visa Umrah dan barang hadiah.
  • Takaful disediakan.

Penerbangan:


@ setaraf

ATURCARA PROGRAM UMRAH 12H 10M

(KUALA LUMPUR — MADINAH // JEDDAH — KUALA LUMPUR)

KUALA LUMPUR — MADINAH (HARI 1)
Berkumpul di KLIA (3 jam lebih awal) untuk urusan daftar masuk bagasi dan serahan passport serta taklimat ringkas. Pesawat berlepas ke Madinah dan tiba pada hari yang sama. Pelepasan imigresen dan kastam. Jemaah akan ditunggu oleh mutawwif dan seterusnya bergerak ke hotel di Madinah. Aturcara bebas dan beribadah di masjid.
MADINAH (HARI 2)
Sebelah pagi, aturcara ziarah sekitar kawasan Masjid Nabawi. Dimulakan dengan Saqifah Bani Saidah, Pasar Awam, Ziarah Maqam Rasulullah SAW, Raudhah dan Perkuburan Baqi'. Sebelah petang, aktiviti bebas dan beribadah di masjid.
MADINAH (HARI 3)
Sebelah pagi, ziarah sekitar Kota Madinah termasuk - Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Medan Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh), Jabal Uhud, Pasar Kurma / Ladang Kurma. Sebelah petang, aktiviti bebas dan beribadah di masjid.
MADINAH (HARI 4)
Aktiviti bebas. Sebelah malam, taklimat perjalanan ke Mekah.
MADINAH — MEKAH (HARI 5)
Bersiap untuk bergerak ke Mekah. Ziarah wida' ke Makam Nabi. Bergerak keluar dan singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat Ihram Umrah. Teruskan perjalanan ke Mekah (sekitar 6 jam), singgah rehat untuk makan dan solat jamak di perjalanan. Tiba di Mekah, daftar masuk hotel. Mengerjakan tawaf & saie secara berjemaah dengan bimbingan mutawwif untuk umrah yang pertama.
MEKAH (HARI 6)
Aktiviti bebas dan beribadah di masjid.
MEKAH (HARI 7)
Sebelah pagi, acara ziarah sekitar Kota Mekah termasuk JAbal Tsur, Jabal Rahmah (Arafah), Muzdalifah, lalu di Jamrah & Mina, Jabal Nur dan singgah di Masjid Ja'ranah. Jemaah boleh bermiqat di Masjid Ja'ranah untuk ibadah umrah kedua.
MEKAH (HARI 8)
Aktiviti bebas dan beribadah di masjid.
MEKAH (HARI 9)
Sebelah pagi, acara ziarah ke Hudaibiyah (Masjid) dan Muzium Haramain (tertakluk kepada kelulusan). Di masjid, jemaah boleh berniat ihram untuk umrah ketiga.
MEKAH HARI (10)
Aktiviti bebas. Sebelah malam, taklimat perjalanan pulang ke Malaysia.
JEDDAH — KUALA LUMPUR (HARI 11-12)
Persiapan untuk berlepas pulang. Tawaf wida' (mengikut masa masing - masing). Berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA.

*Program tertakluk kepada jadual sebenar penerbangan dan pindaan semasa.